
Sulit
5 tahun
Risau gejala sekarang
sy mengalami kepala pening,rasa macam panas, mual nak muntah.Sedikit batuk.saya rasa pernafasan masih okay.saya ada hypertensi dan sedang mengambil ubat.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Simptom yang anda alami kini bersifat menyeluruh dan merangkumi pelbagai perkara. Terdapat banyak sejarah sakit yang perlu kami ketahui sebelum mendapatkan konklusi tentang sakit yang anda alami. Kepala pening, mual serta muntah boleh disebabkan oleh:
- Kehamilan untuk wanita
- Keracunan makanan
- Keradangan organ (otak, gastrik, usus)
- Dehidrasi
- Masalah psikiatri
Untuk makluman anda, masalah batuk pula boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Bagi mengetahui dengan lebih lanjut punca bagi permasalahan anda, klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.Terima kasih.