
Sulit
4 tahun
Risau jangkitan hiv pada diri,
Sy lelaki… berhubungan dengan lelaki pakai kondom.lepah 2 minggu buat test negatif… tiga minggu lebih test pula negatif… tiada sebarang tanda HIV… tpi takot memberi kesan kepada isteri… sekarang sy buat Elis… adakah Elisa ni betul-betul tepat bacaan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda mengenai masalah anda. Untuk pengetahuan anda, Enzyme Linked Immunosorbent assay ataupun ELISA merupakan ujian yang biasa digunakan untuk mengesan antibodi HIV. Kebanyakan masa, keputusan ujian ini akan memberikan keputusan yang tepat. Tetapi ia juga bergantung kepada sampel yang diambil dan ia juga akan mempengaruhi keputusan ujian tersebut.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai persoalan anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut dan juga berbincang dengan doktor mengenai masalah yang dialami oleh anda.
Anda juga boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi dan mendapatkan pandangan kedua. Terima kasih.