
Sulit
3 tahun
Risiko Hubungan Kelamin Pasangan Ada HIV Positif
Saya wanita berusia lewat 20an dan telah berkahwin mempunyai seorang anak. Suami disahkan mendapat HIV positif 3 bulan lalu kerana beliau kerap melakukan bekam serta derma darah.
Saya ingin bertanya adakah risiko jika suami menggunakan kondom ketika hubungan kelamin kami.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kebimbangan anda tentang risiko hubungan kelamin dengan pasangan yang positif HIV. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, menggunakan kondom dan mengambil ubat ARV berdasarkan arahan doktor merupakan salah satu cara yang terbaik untuk menurunkan risiko jangkitan HIV ketika berhubungan seks dengan pasangan yang HIV positif.
Tambahan lagi berciuman/ berkucupan/ bercumbuan tidak menyebabkan jangkitan HIV melainkan air liur pembawa HIV yang berciuman dengannya bercampur dengan darah (jika terdapat luka atau ulser pada mulut).
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.