
hazi.yana
5 tahun
Risiko Simptom covid
Saya wanita berumur 43 tahun. Seorang suri rumah. Tidak pernah keluar rumah sejak 18mac 2020.sy m3ngalami kahak di tekak. Tiada batuk, tiada selsema. Yang keluar cuma suami untuk beli brangan dapur seminggu sekali. Adakah tekak sya berkahak dan rasa tidak selesa adalah simptom covid? Saya risau. Adalah saya berisiko? selesa ini adalah simptom covid.

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Bagi masalah demam dan sakit tekak berterusan, selain COVID, ia boleh disebabkan masalah kesihatan lain. Antaranya:
- jangkitan virus influenza
- radang tonsil
- jangkitan pharynx
- dehidrasi
- Demam denggi
- pneumonia
Untuk mengetahui risiko anda, Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.**
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.