
ibnjamil.hejamy
5 tahun
Risiko Tekanan Darah Tinggi
Saya berusia 32 tahun ( lelaki ) , bila saya ke klinik untuk periksa tekanan darah dan keputusanya :
BD - 154/96
PR - 97/m
Ada kah ini kiraan yang tahap berisiko , dan apakah perlu saya lakukan supaya tekanan darah kembali normal ?
Terima Kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, bacaan tekanan darah serta nadi anda adalah tinggi dari normal. Namun begitu, bacaan tekanan darah yang tinggi kerap kali direkodkan diklinik kerana pesakit selalunya gementar atau tidak biasa dan ini dikenali sebagai kesan “white coat reading”. Untuk mengetahui samada anda mempunyai penyakit darah tinggi ataupun tidak, bacaan berulang kali ataupun “serial measurement” perlu diambil bagi memberikan diagnosis terperinci. Antara risiko-risiko seseorang itu mengalami penyakit darah tinggi adalah seperti faktor makanan banyak garam dan gula, tidak selalu bersenam, mempunyai penyakit kencing manis serta keturunan.
Sekiranya anda berasa anda adalah dalam golongan berisiko untuk mendapat darah tinggi, anda boleh berbincang dengan doktor anda ataupun bercakap dengan kami dilink (DoctorOnCall) untuk mencapai diagnosis dan kemungkinan rawatan yang bersesuaian dengan anda. Sekian.