
Sulit
3 tahun
Ruam gatal yang banyak secara tiba tiba
sy wanita 24thn . 16hb may hari tu saya ada pegi ke klinik sebab bengkak di ketiak 1mnggu. doc beri sy antibiotik dan ambil selama seminggu juga. dan kemudian doc beritahu jika bengkak tidak hilang dtg semula selepas 2 mnggu. dan hari ahad baru ini lah sepatutnya sy pegi tapi x pegi . bengkak diketiak masih ada tetapi tidak sakit. 3hari ini sy naik ruam yg xpernah saya rasa sgt2 sakit, gatal, merah bersisik sikit dan byk (lengan, punggung,abdomen, belakang badan) . soalan saya adakah ruam ini ada kaitan kerana bengkak itu . sy takut utk ke klinik sebab klinik jauh dr rumah .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Menurut kenyataan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah ruam gatal yang banyak pada bahagian badan diikuti dengan rasa sakit dan merah bersisik. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Umumnya gejala ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor antaranya termasuk
- Alahan pada kulit atau kulit sensitif
- Gigitan serangga
- Masalah autoimun
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Gangguan kulit (i.e. eczema, psoriasis, dll.)
- Kurap atau ringworm
- Jangkitan kuman virus, bakteria atau fungus yang lain.
- Ruam
- Limfoma
Ruam gatal yang banyak ini berkemungkinan berkait dengan masalah bengkak pada ketiak anda. Justeru anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor