
Sulit
3 tahun
Ruam kecil yang banyak dan bernanah
salam dan selamat sejahtera doktor. sy wanita berumur 27thn. sejak dua hari lepas, di leher saya muncul ruam kecil yang banyak dan bernanah. bila saya pecahkan dan cuci guna air dan sabun, ke esokkannya juga akan muncul balik ruam kecil dan nanah tersebut di tempat yang sama dan merebak ke tempat lain. adakah masalah pemakanan ataupun disebabkan oleh cuaca yg tak menentu punca ia terjadi? sebelum muncul ruam ni, saya ada makan ubat antibiotik dari klinik disebabkan oleh masalah dalam telinga sy sakit (bengkak/gatal). sekarang masalah telinga dah ok. tapi muncul ruam pula. harap doktor dapat memberi penjelasan. t.kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami ruam kecil pada bahagian leher yang juga bernanah. Kami akan cuba membantu anda.
Kami memerlukan maklumat tambahan mengenai ruam anda untuk mengetahui puncanya dan juga rawatan untuk menghilangkan ruam tersebut. Oleh itu, kami akan menjawab soalan anda secara umum tentang punca-punca yang boleh kami pertimbangkan untuk masalah anda.
Antaranya :
- Dermatitis
- Jerawat
- Folikulitis
- Penggunaan produk yang menjadikan kulit berminyak
- Kebersihan leher yang kurang baik
Kami menasihatkan anda untuk tidak memecahkan ruam tersebut untuk mengelakkan pembentukan parut. Sebaiknya anda merujuk kepada doktor supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan kepada anda. Anda boleh menghubungi doktor pakar kulit kami untuk nasihat lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!