
Sulit
5 tahun
Ruam kulit dan rasa demam sakit tekak dan rasa lesu
Umur saya 19…saya nak tahu tanda-tanda kayap ni apa tapi kenapa saya rasa lesu sakit tekak demam dan ade ruam di bahgian peha saya adakah itu kayap atau punca lain? Dan cara atasinya bagaimana?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ruam di bahagian peha boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tinea cruris yang merupakan jangkitan kumpulan kulat
- Dermatitis seborrhoic kerana masalah dengan kulit berbulu
- Kudis buta (scabies)
- Contact dermatitis kerana sentuhan dengan bahan yang mengiritasi kulit atau yang menyebabkan alahan
- Candidiasis adalah sejenis kulat
- Flexural psoriasis - sejenis masalah autoimun
Setiap penyebab diatas mempunyai pengubatan yang berbeza. Justeru, sebaiknya anda mendapatkan rujukan doktor agar dapat diberikan ubatan yang tepat dan efektif. Bagaimanpun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.