Sulit
5 tahun
Ruam merah pada bafan
badan saya timbul ruam merah…bagaimana nak bezakan ianya ruam alergik ataupn ruam gigitan hama
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) )untuk bercakap dengan doctor.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Secara umumnya, kedua-dua ruam yang anda maksudkan adalah disebabkan alahan. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan ruam merah.Antaranya ialah :
- Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, campak, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis dan penyakit cacar air.
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Penyakit vasculitis
- Penyakit autoimun seperti Systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD)
- Kanser seperti limfoma dan Kaposi sarcoma
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih


































