
Sulit
4 tahun
Ruam seperti jerawat di lengan dan belakang badan
saya seorang lelaki berumur 34 tahun.semenjak 3 minggu lepas sy mengalami ruam merah di lengan kanan kiri saya dan belakang badan.dan sentiasa ada ruam2 yg baru.sebelah kiri paling teruk.sy xmempunyai demam.cuma selsema ringan hampir sebulan.sy dah jumpa 2 doctor.tp mereka cakap mungkin di sebabkan heat rash sbb sy banyak bekerja di luar atas moto dan di beri antibiotik.tapi hasil masih sama.sy juga sudah buat check darah cuma cholestrol saja yang tinggi.ape masalah yang boleh jadi punca ya.sy betul2 confused dan rasa moody dgn apa jadi.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkannya.Antaranya ialah:
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, campak, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis dan penyakit cacar air.
- Penyakit vasculitis
- Penyakit autoimun seperti Systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD)
- Kanser seperti limfoma dan Kaposi sarcoma
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor kerana pemeriksaan fizikal perlu dilakukan untuk mendapatkan kesimpulan lebih tepat. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.