
Sulit
4 tahun
Saiz buah zakar yang membesar setelah 3 tahun berkahwin seperti benjolan di kiri dan kanan, sebesar bola pingpong, adakah ianya masalah penyakit hernia
Suami saya berumur 34 tahun, kami berkahwin 3 tahun yg lalu dan ada seorang anak, saya dapati sejak awal perkahwinan keadaan buah zakar suami saya kelihatan besar sedikit dan seperti ada benjolan sebesar buah pingpong dikiri dan kanan, keadaan sekarang lebih besar dari saiz asal…
Adakah ianya masalah hernia, menurut suami saya dia menyedari perkara ini semenjak usia awal 20 an thn, tetapi tidak merasa sebarang kesakitan…
Adakah aktiviti beliau yg aktif bersukan dan bermain bola sepak semasa di sekolah dan waktu remaja punca penyebabnya atau ada faktor lain…adakah ianya berbahaya atau memudaratkan…
Apakah rawatan yg bersesuaian,
Walaubagaimanapun masalah yg saya hadapai adalah beliau tidak mahu berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan… Tetapi saya akan cuba memujuknya jika dapat info yg jelas disini…terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang suami anda alami. Buat pengetahuan anda, terdapat beberapa punca yang menyebabkan suami anda mengalami masalah sedemikian:
- Hernia
- Hydrocele
- Varicocele
- Jangkitan kelamin
- Ketumbuhan pada testis (testicular tumor)
- Kanser testis
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Ini hanyalah keterangan kami secara am. Pemeriksaan dan siasatan terperinci perlulah dilakukan untuk mengetahui punca sebenar dan seterusnya pemberian rawatan sekiranya perlu.
Sukar ingin kami katakan sama ada gejala yang suami anda alami berbahaya ataupun tidak. Saranan kami adalah anda perlu memujuknya untuk membuat pemeriksaan kerana kami bimbang ia berpunca dari masalah yang lebih serius.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Sekiranya beliau mengalami gejala di bawah, jangan lengahkan masa dan sila berjumpa dengan doktor segera:
- Sakit
- Demam
- Sakit ketika membuang air
- Air kencing berdarah atau/dan bercampur nanah
- Air kencing berbau busuk
- Hilang selera makan
- Berat badan turun mendadak
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor pakar kami secara peribadi. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.