
Sulit
5 tahun
Saiz Zakar Yang Agak Kecil
Saya lelaki berumur 34 tahun,Saya pernah berkhawin sebelum ini dan sekarang duda.Saya sangat risau akan saiz zakar saya yang akan kecil.Salah satu punca perceraian saya adalah faktor “tidak puas” dalam hubungan intim.Perlukah saya membuat pemerikasaan zakar saya di klinik untuk pastikan zakar saya adalah zakar yang normal dan jika perlu dimanakah perlu saya lakukan dan berapa kos untuk rawatan tersebut?Saya berada di kawasan Lembah Klang.Keinginan untuk mendirikan rumahtangga itu ada,tetapi saya malu dengan saiz zakar saya dan saya tidak mahu perkara yang sama berulang lagi.Macam macam cara saya lakukan untuk membesarkan saiz zakar saya melalui urutan,tetapi hasilnya tidak menjadi.Saya menjadi buntu dan tidak tahu apa yg harus saya lakukan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- genetik
- kekurangan hormon testosterone
- masalah hypogonadotrophic hypogonadism
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.