
aminaspire11
5 tahun
Sakit abdomen perut simptom covid-19?
begini Doktor, saya ada sedikit kemusyikilan tentang simptom covid-19. adakah sakit perut/abdomen perut juga salah satu daripada simptom covid-19? jika diikutkan garis panduan kkm, sakit perut tidak tersenarai dalam simptom. tapi saya ada buat sedikit rujukan di laman sesawang dimana sakit perut juga salah satu simptom. jadi saya sedikit bingung dan risau, boleh saya mendapat penjelasan lanjut dari Doktor?t

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Sakit perut bukanlah gejala klasik yang dinyatakan KKM atau Organisasi Kesihatan Dunia,. Namun, terdapat sedikit jumlah pesakit yang menyatakan gejala tersebut.
Apabila pesakit hadir dengan sakit perut tanpa gejala COVID-19 yang lain, kami tidak begitu yakin jika COVID-19 merupakan punca gejala tersebut kerana ia mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan lain seperti:
- keracunan makanan
- gastrik
- appendicitis
- Inflammatory bowel syndrome
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini