
Sulit
3 tahun
Sakit ari ari dan terasa nak kencing
Saya wanita berusia 23 tahun. Dalam dua tiga hari ni saya rasa sakit di ari ari dan terasa mahu kencing walaupun dua tiga minit dah kencing.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Karang dalam salur kencing
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory disesase)
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted diseases)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami gejala ini:
- Demam
- Kerap membuang air kecil
- Air kencing bercampur darah/nanah
- Terdapat cecair berbau keluar daripada faraj
- Gatal-gatal di sekitar kawasan kemaluan
- Lesu dan lemah badan
- Loya dan muntah
- Pening atau/dan sakit kepala
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.