Sulit
3 tahun
Sakit ari ari pinggang
As’salammualaikum hi doctor, saya wanita berumur 26 tahun dh berkahwin. 2-3 hari ni bahagian ari-ari dan keliling pinggang saya sakit sangat, dan ibu jari kaki kiri saya sakit kadang kadang terasa kebas. Period saya last 20/3. Bulan april takdatang period. Adakah bahaya? Saya tak ambil ubat apa2 cuma saya merancang utk pregnant, jd saya makan folid acid sahaja. Dan bahagian luar kemaluan saya ada timbul sebiji seakan jerawat atau bisul saya takpasti. Saya mengalami sembelit juga.
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Sakit di bahagian pinggang boleh disebabkan oleh:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
- Masalah pada struktur ovari pada wanita
- Masalah pada usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.