
Anonymous
5 tahun
Sakit ari2 belah kanan
Saya berumur 25thun dan sakit di bahagian ari² belah kanan sakit sehingga ke lutut belah kanan… Agknya sakit ni berkaitan apa yer

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat beberapa punca yang boleh sakit di bahagian ari-ari. Antaranya ialah:
- Batu karang di buah pinggang dan pundi kencing
- Jangkitan saluran kencing
- Sembelit
- Terbentuknya batu karang bersama nanah di buah pinggang sebelah kanan
- Nanah terbentuk di sekeliling buah pinggang kerana jangkitan
- Saluran kencing tersumbat
- Pengecilan atau sempitnya tiub kencing
- Masalah ginekologi seperti endometriosis.
Berkenaan soalan kedua anda, ianya hampir mustahil untuk haid terjadi jika anda mengandung. Walaubagaimanapun, jika anda hendak kepastian, anda boleh membuat urine pregnancy test di rumah atau berjumpa doktor untuk scan.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.