
msralia
5 tahun
Sakit atas ari-ari dan pinggang
saya wanita, berumur 40thn. kebelakangan ni, selalu mengalami sakit pada ari2 sebelah kiri dan kadang kala kanan, juga membawa ke pinggang. rasa tak selesa, on-off…hari tu mula2 ingatkan gastrik, tapi mcm bukan. then saya ingat faktor umur, nak period jadi macam tu. tapi bila dh habis period pun masih sama. pernah konsult dengan doktor di sebuah klinik swasta, antibiotik telah diberi. masih sama. kejap datang, kejap hilang. doktor bgtau, kalau masih jadi mungkin ada masalah pada usus. saya mohon pandangan. tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah saki belakang ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
- Masalah pada struktur ovari pada wanita
- Masalah pada usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.