nooraisyahumaira
6 tahun
Sakit bahagian ari ari
Sy wanita berusia 27 tahun . Telah berkahwin .Sy kerap mengalami rasa sakit pada ari ari sebelah kiri dalam period sehingga ke kaki . Tetapi akhir akhir2 ini sy dapati sy sakit pada ari ari sebelah kiri dalam keadaan sy tidak period . Soalan sy 1) ,kenapa sy mengalami sakit ari ari pada sebelah kiri sahaja .
2) bolehkah seseorang tersebut mengandung walaupun telah period pada waktu itu ? Apa yg patut sy lakukan ? Terima kasih doktor .
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat beberapa punca yang boleh sakit di bahagian ari-ari. Antaranya ialah:
- Batu karang di buah pinggang dan pundi kencing
- Jangkitan saluran kencing
- Sembelit
- Terbentuknya batu karang bersama nanah di buah pinggang sebelah kanan
- Nanah terbentuk di sekeliling buah pinggang kerana jangkitan
- Saluran kencing tersumbat
- Pengecilan atau sempitnya tiub kencing
- Masalah ginekologi seperti endometriosis.
Berkenaan soalan kedua anda, ianya hampir mustahil untuk haid terjadi jika anda mengandung. Walaubagaimanapun, jika anda hendak kepastian, anda boleh membuat urine pregnancy test di rumah atau berjumpa doktor untuk scan.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.





































