Sulit
4 tahun
Sakit bahagian belakang atas sebelah kiri
saya wanita 20’an mengalami sakit belakang dengan tiba-tiba sahaja. sakit itu menyebabkan saya mengalami kesukaran untuk bernafas, bahkan dengan sedikit gerakan sahaja boleh membuatkan saya menjerit kesakitan sehinggakan saya mengalami sakit dada seperti ditekan dengan kuat, susah untuk bernafas. sakit itu merebak sehingga separuh badan bahagian atas. antara kesukaran yang saya alami adalah seperti, kesukaran untuk berbaring dengan selesa, sukar untuk duduk dengan tegak mahupun bongkok, kesukaran bernafas, sukar untuk menggerakkan tangan. doktor, tolong terangkan sakit apa yang saya alami sekarang ini.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, beberapa kumpulan penyakit yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa keadaan penyakit seperti:
- masalah jantung seperti acute coronary syndrome
- masalah muskuloskeletal seperti costochondritis (keradangan tulang rusuk), cervical syndrome
- masalah psikiatri seperti anxiety
Sejujurnya, keterangan yang anda berikan masih belum lengkap untuk doktor mengenalpasti secara tepat diagnosis ataupun penyakit penyebab keluhan anda. Justeru, untuk merujuk doktor secara langsung, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.