
Sulit
5 tahun
Sakit bahagian dada, bila tarik nafas seperti biasa tidak ada sesak nafas.,perlukah saya pergi buat saringan covid 19?
SAYA TIDAK ADA KONTAK DENGAN PESAKIT COVID 19, TAPI DALAM TEMPOH KAWALAN PERGERAKAN INI SAYA CUMA PG KE SUPERMAKET UNTUK BELI BARANG MAKANAN…SAYA SAKIT DADA SAHAJA…SAKIT LAIN TIDAK ADA…

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Sekiranya anda mempunyai gejala diatas dan mempunyai kontak rapat dengan pesakit yang positif serta berkunjung ke luar negara anda mungkin mempunyai risiko yang tinggi.
Masalah sakit dada bukanlah gejala COViD-19. Ia boleh disebabkan masalah kesihatan lain.
- pedih ulu hati
- pneumonia
- serangan jantung
- masalah otot pada dada
Untuk mengetahui risiko anda, Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.**
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini