
mrcyan89
5 tahun
Sakit bahagian dada dan sukar bernafas
saya seorang lelaki dan berumur 31 tahun.saya selalu sakit di bahagian dada dan bernafas seperti tidak cukup oksigen.saya xpuas bila menarik nafas.seperti nafas x sampai.saya sudah membuat ujian ecg dua kali dan keputusannya jantung saya normal.saya di katakan mengalami gastrik.asid di dalam perut naik ke bahagian dada.tp apa yg merisaukan saya,simptom2 sakit jantung saya ada mengalaminya seperti sakit bahagian dada,naik ke bahu,belakang saya juga kadang2 terasa sakit.tp tidak terlalu sakit.nafas saya juga kadang2 x cukup.saya seorang perokok.sekarang hisap vape.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Secara umum, gejala yang anda alami boleh terjadi akibat beberapa hal seperti:
- Anemia yaitu kurang darah
- Kurang vitamin dalam diet
- Dehidrasi yaitu akibat kurang minum air
- Masalah jantung
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.