
wanhazim822
5 tahun
Sakit bahagian dada kiri
Saya umur 20 , sakit badan area dada kiri. Seperti cucuk cucuk ngeri camtu. Sakit ada tapi bila cucuk cucuk sy rasa resah dan panik. Adakah jantung sy ada masalah? Dan juga ada kene mengena dengan saluran pernafasan tak?? Tolong docc

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah sakit dada sebelah kiri boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti:
- Otot dada kejang
- Radang tulang dada
- Jangkitan paru-paru
- Asid refluks
- Sakit jantung - seperti koronari arteri tersumbat
- Masalah ‘anxiety’ (Keresahan melampau)
- Masalah saraf
Jika ia masih berlarutan, berpanjangan, bertambah teruk dan disertai oleh gejala-gejala lain, maka anda dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.