
ijamabdkarim
5 tahun
Sakit bahagian dada
Saya mengalami sakit bahagian dada sehingga tidak mampu melakukan aktiviti fizikal seperti apabila mengangkat sesuatu barang berat pasti sakit dada saya kembali sakit, saya juga mula merasa sesak nafas dan lebih memburukkan sakit tersebut mula menular ke bahagian bahu kanan hingga ke lengan saya juga merasakan sakit bahagian kepala dan di bahagian rahang bawah, saya semakin keliru dengan sakit yang saya alami pada ketika ini, saya berharap tuan doktor dapat menjelaskan apakah sakit yang saya alami pada ketika ini…terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit dada seperti yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- serangan jantung
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Gangguan emosi
Memandangkan gejala yang anda alami sudah mirip dengan serangan jantung, dikhuatiri keadaan memburuk sekiranya penyakit sebenar tidak dikenalpasti segera. Maka, adalah amat digalakkan untuk anda segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.