
Sulit
4 tahun
Sakit bahagian kemaluan
saya berusia 20 tahun dan di kemaluan saya ada seperti isi terkeluar bila saya bersama suami, adakah itu bahaya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk makluman anda, kami kurang jelas dengan perkataan ‘isi’ yang anda gunakan. Namun begitu, terdapat beberapa keadaan di mana ‘isi’ itu boleh diinterpretasi sebagai masalah lain seperti:
- Sista bartholin
- Hematoma
- Gumpalan lemak atau lipoma
- Sista sebum atau sebaceous cyst
- Kecederaan pada dinding vagina
Kami memerlukan lebih banyak maklumat daripada anda untuk mengatakan sama ada ianya bahaya ataupun tidak. Kami sarankan agar anda berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dibuat dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.