
bayhmuslimah
5 tahun
Sakit bawah perut kanan
Saya wanita berusia 20-an, sejak akhir" ni saya batuk da lebih 3 minggu, saya dapati batuk saya berbuih putih berketul ketul dan ada ketulan kecil pada tekak dpt dirasakan dgn menggunakan jari dan kini bila batuk merasakan sakit bawah perut area kanan dan tarik sehingga ke buah pinggang. Adakah ia menjejaskan apa" kesan sampingan? Dan kerap demam serta tangan, kaki berpeluh peluh pada waktu malam sehingga kekadang buah pinggang tersebut berasa panas dan seperti tertusuk benda yg tajam didalamnya. Mohon pencerahan. Tq.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan gejala sakit perut , demam malam, dan batuk yang cik/puan nyatakan, beberapa punca boleh dikenalpasti. Antaranya ialah:
- Jangkitan kuman dalam paru-paru
- Hipertiroid
- Jangkitan saluran kencing/buah pinggang
- Batu karang
- Gastroenteritis virus
Namun begitu, untuk mengenalpasti lebih lanjut akan diagnosis yang tepat, sejarah perubatan dan sakit tersebut perlu diperincikan lagi. Cik/puan boleh menghubungi secara privasi di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan nasihat berkaitan sakit yang dihadapi.