
yayahpurple
5 tahun
Sakit bawah perut sebelah kiri berdenyut
wanita berumur 29 tahun. seminggu ni sakit dibwh perut sebelah kiri. 2thn lepas,suspek cyst. selepas bjmp doctor bbrp kali & scan semula, mendapati cyst dh kecut. adakah sakit skrg ini ada kaitan dgn cyst. untuk mkluman sy trpksa makan ubt tahan sakit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala sakit di perut bahagian bawah boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Appendisitis kronik
- Penyakit keradangan pelvik
- Sembelit
- Penyakit keradangan usus
- Keradangan saluran/ pundi kencing - akibat batu karang atau jangkitan kuman
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.