Haziqah

5 tahun

Sakit belakang adakah kerana saya obes?

Assalammualaikum doktor saya nak tanya saya mengalami sakit belakang iaitu di sebelah kiri tulang belakang … Ia akan rasa sakit apabila saya ingin bangun dari bangun atau duduk yang terlalu lama … Saya perasa perkara ini berlaku selepas saya berlaku period pain n saya ade minum produk yang berasaskan kunyit dan halia … Sakit ini juga terjadi bila saya tidur di atas tilam tang nipis … Ape perlu saya buat … Saya rasa ini disebabkan berat badan saya yg tergolong dalam golongan obesiti

Selamat petang! Terima kasih untuk soalan anda.

Saya akan memberikan beberapa tips yang effektif untuk anda menurunkan berat badan kerana sememangnya obesiti boleh menyebabkan masalah tulang belakang. Setkan minda anda untuk menurunkan berat badan anda. Anda boleh mulakan dengan membuat senaman seperti brisk walking, jogging, zumba dan menyertai gim di kawasan anda.

Anda haruslah mengetahui cara mengira kalori. Ini adalah kaedah yang digunakan untuk mengira kalori setiap makanan yang anda makan. Anda haruslah menetapkan kalori dan mengikut sukatan tersebut. Anda haruslah bahagikan makanan anda dalam kuantiti yang kecil dan lebihkan makanan yang mempunyai kandungan serat yang tinggi.

Minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter setiap hari. Ini akan membantu anda untuk mengurangkan berat badan anda dan anda tidak akan rasa lapar selalu. Hindari minuman manis seperti coke, pepsi, 7up dan 100 plus.semua air ini mengandungi kadar gula yang tinggi dan juga tidak sihat untuk kesihatan anda.

Makan makanan yang seimbang dalam kuantiti yang betul dan elakkan makan makanan yang mempunyai lemak yang tinggi. Lebihkan makanan produk susu dan makanan berserat tinggi seperti sayuran, gandum, kekacang dan buah-buahan, dan juga makanan yang mempunyai kuantiti lemak yang rendah . Elakkan makan daging merah dan kuning telur dan makanan berkarbohidrat tinggi seperti gula ringkas.

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Salam sejahtera. Terima kasih kerana memberikan soalan ini.

Berat badan berlebihan boleh menyebabkan sakit badan terutamanya pada lutut dan kaki dalam jangka masa panjang. Beban yang terlalu banyak boleh menjejaskan sendi-sendi anda. Dalam struktur sendi biasa, terdapat lapisan rawan pada permukaan tulang. Ini memberikan pergerakan lancar semasa anda berjalan. Apabila terdapat lebihan berat badan, terdapat daya yang lebih besar yang bertindak pada tulang rawan, menjadikannya lebih haus.

Semakin banyak geseran tulang atau sendi antara satu sama lain, ia menyebabkan keradangan dan kesakitan. Dalam jangka masa yang panjang, anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapatkan osteoarthritis, iaitu keradangan sendi. Cara terbaik untuk menangani masalah ini adalah mengurangkan berat badan.

Untuk mencapai sasaran ini, anda boleh mencuba beberapa modifikasi gaya hidup. Cuba berjalan lebih kerap dengan mengambil tangga. Elakkan memandu jika jarak destinsi anda adalah pendek Anda mungkin mengalami kesakitan pada mulanya. Namun begitu, lama-kelamaan kesakitan badan akan berkurangan. Berenang adalah senaman yang baik kerana keapungan air dapat menyokong berat badan anda.

Di samping itu, perubahan cara pemakanan juga adalah sangat penting dalam menghilangkan berat badan yang berlebihan. Anda perlu meningkatkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan karbohidrat dengan mengurangkan jumlah makanan berkabohidrat. Anda juga boleh memantau langkah harian anda menggunakan pedometer dan menetapkan sasaran sekitar 6000-7000 langkah sehari boleh membantu untuk memastikan anda aktif. Diharap ini dapat membantu anda.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (0)