
Sulit
4 tahun
Sakit belakang badan dan sesak nafas
Hi Dr. I have a question. Okay, saya bekas pesakit RR TB dan survived since July, 2020. Dan, skrg ni, 2 minggu yg lalu, saya merasa sakit di belakang badan bahagian atas kiri dan kanan. Berselang seli. Dan susah nk bernafas.Saya tahu saya kena berjumpa dgn Doktor di klinik. I’m just wanna know is that I’m really okay or not.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Serangan jantung
- Jangkitan paru-paru
- Refluks asid atau GERD
- Serangan gastrik
- Masalah tulang belakang:
- Kecederaan tulang belakang
- Masalah struktur tulang belakang
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Sukar untuk kami katakan punca sakit dada yang dialami oleh anda dan keterukannya berdasarkan soalan sahaja. Pemeriksaan lanjut oleh doktor dan siasatan lanjut perlu dilakukan untuk mengetahui punca masalah yang dialami. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.