Anonymous
5 tahun
Sakit belakang bahagian pinggang
Kawan selalu mengadu sakit belakang bahagian pinggang then last week dia sakit belakang semasa bermain badminton. Doktor kata sebab soft tissue injury…
Nak tanya
1.ada kemungkinan ka dia ada sakit lain sbb dia masih lagi sakit sampai sekarang
- Apa ubatnya ya selain ubat tahan sakit dan ubat sapu
6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Antara punca sakit belakang pinggang yang biasanya ditermui adalah seperti:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang
Selain punca struktur yang di atas, sakit belakang bahagian pinggang boleh disebabkan oleh masalah organ contohnya buah hempedu, buah pinggang, rahim dan ovari.
Untuk pengetahuan anda, masa yang diambil oleh soft tissue injury untuk pulih sepenuhnya adalah berdasarkan purata otot/soft tissue yang tercedera. Sesetengah soft tissue mengambil masa 2-3 minggu atau lebih lama, kerana badan kita mengambil masa untuk generate soft tissue yang baru sementara mereka memulihkan yang tercedera.
Namun, sekiranya masalah ini berterusan untuk berbulan-bulan dan menganggu akitiviti seharian anda sila rujuk ke klinik dengan segera. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih




































