
Sulit
3 tahun
Sakit belakang dan sakit dada.. Mungkin masalah angin dalam badan
Saya mengalami sakit pada bahagian belakang badan seperti di tekan… Dan bahagian dada saya pom sakit… Sebelum ini saya terkene pengakit asid perut… Doktor ada bagi 3 jenis ubat… Salah satunya ubat angin… Mungkin ubat ini yang menunjukkan kesan begini… Apakah yang saya perlu buat sekarang ni? Dari segi pemakanan atau pun lain2

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan keterangan anda, anda amat bimbang dengan gejala sakit belakang dan sakit dada yang dialami. Selain itu, anda juga ingin mengetahui langkah selanjutnya yang perlu dilakukan. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya sakit dada dan sakit belakang yang berlaku pada seseorang individu boleh disebabkan oleh
- abdominal bloating
- kekejangan otot
Namun begitu, ia juga boleh menandakan gangguan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor dengan kadar segera, seperti
- Gastritis kronik
- Jangkitan paru-paru
- Ketumbuhan abdomen
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang masalah kesihatan anda dan pelan rawatan yang selanjutnya, pemeriksaan yang lebih komprehensif perlu dilakukan terlebih dahulu.
Oleh itu anda juga disarankan untuk menghubungi doktor kami di atas talian, agar bantuan yang lebih terperinci dapat diberikan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan Gastroenterologist.