
Sulit
5 tahun
Sakit belakang dan tumit kaki
Assalamualaikum doktor, saya remaja perempuan umur 19 tahun tapi saya ada masalah bahagian badan belakang badan terlampau sakit, bahagian bahu ke leher dan kadang kadang bila nak tidur tapak kaki saya rasa sakit bahagian tumit belakang. Saya pernah buat pemeriksaan xray sebab mungkin pasal tulang belakang, tapi doktor kata tulang saya semua okay dan tiada apa apa masalah. Tapi saya memang mengalami sakit yang melampau dekat bahagian belakang badan,bahu ke leher dan tumit kaki sakit.Saya pernah sapu minyak panas dekat bahagian belakang, tumit kaki dan bahu tetapi bahagian tumit kaki dan bahu je saya rasa panas sikit tapi bahagian belakang badan tak rasa panas langsung padahal saya letak minyak panas tu banyak, terlampau banyak. Ibu saya cakap jangan letak banyak sebab minyak tu panas tapi saya letak je banyak tapi masih tak rasa apa apa. Ada yang kata saya sakit saraf tapi tak tahula itu yang saya tanya kepada yang lebih pakar dalam hal ini.
Menurut doktor, apa yang saya rasa ni saya sebenarnya sakit apa doktor & apa cara yang perlu saya buat untuk menangani sakit ni sebab saya dah tak tahan nak rasa sakit ni padahal saya baru 19 tahun.
Terima kasih,doktor.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
Otot atau ligamen belakang terseliuh atau tercedera
Slipped disc : cakera antara tulang belakang terhimpit dan terkeluar dari landasan tulang belakang. Kesakitan biasanya disebabkan oleh saraf yang terhimpit disebabkan keadaan ini
Scoliosis : Tulang belakang bengkok akibat postur yang tidak betul terutamanya ketika mengangkat barang berat
Radang sendi seperti arthritis, namun ini biasa berlaku kepada mereka yang telah berumur dan adalah jarang sekali pada mereka yang masih muda
Akibat disfungsi tulang belakang biasanya kesan kecederaan
Chronic back pain biasanya terkait dengan masalah saraf tulang belakang
Spondylosis keradangan sendi tulang belakang akibat wear and tear
Spondylolisthesis adalah suatu keadaan apabila tulang belakang tergelincir dari lokasi normal
Spondyloarthropa
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.