
Sulit
4 tahun
Sakit belakang kepala selepas pitam kerana perut memulas sehingga menyebabkan kepala sy pening/sakit dan gelap mata
Hello/As salam doktor. Sy baru lepas pitam selepas bersahur td. Belakang kepala sy terhentak tetapi tiada pendarahan yg berlaku. Cuma skrg ni belakang kepala rasa sakit sgt. Sy sedang tuamnya menggunakan ais. Punca sy pitam adlh kerana rasa memulas perut yg teramat sehingga menjadikan kepala sy sakit dan gelap mata. Apa perlu sy but ye? Sy agak risau juga. Moga doktor dapat bantu sy.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Secara umum, gejala-gejala yang dialami boleh terjadi akibat beberapa hal seperti:
- Anemia yaitu kurang darah
- Kurang vitamin dalam diet
- Dehidrasi yaitu akibat kurang minum air
- Vertigo posisi benign - punca yang tidak diketahui
- Penyakit dalaman telinga - seperti Penyakit Meniere, batu kalsium dan jangkitan kuman
Justeru, sukar untuk dinyatakan apakah masalah yang dialami ini adalah kesan langsung ataupun tidak langsung daripada diet anda. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.