Sulit
4 tahun
Sakit berdenyut pada vagina,payudara terasa membesar dan sakit pada perut setiap malam sebelum tidur
sakit berdenyut pada vagina,payudara terasa membesar dan sakit pada perut setiap malam sebelum tidur Adalah tanda sakit segugut hampir dengan hari period atau sebagainya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda mengalami sakit pada kemaluan, rasa payudara membesar serta sakit perut pada setiap malam. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat banyak perkara yang boleh menyebabkan gejala tersebut. Antaranya:
- Kitaran PMS (pre-menstrual syndrome) menghampiri haid
- Endometriosis
- Pengambilan perancang keluarga jenis hormon
- Kehamilan normal atau ektopik
- Kehamilan molar
Berikut merupakan senarai umum diagnosis simptom yang anda alami. Kami tidak dapat memberikan nasihat rawatan serta diagnosis tepat tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal anda. Bagi maklumat lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

































