Sulit
3 tahun
Sakit bila bersama suami
Saya wanita berumur 28 tahun… Apabila saya bersama saya terasa sakit di faraj. Saya dapati ada sebiji bintik macam ruam dia bahagian faraj saya. Macamana cara menghilangkan bintik tersebut?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan kulat, virus atau bakteria pada bahagian kemaluan
- Kecederaan pada dinding faraj
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted diseases)
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Untuk mengetahui rawatan atau menghilangkan bintik tersebut, punca dan diagnosisnya perlu diketahui terlebiih dahulu. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.