
Sulit
4 tahun
Sakit bila melakukan hubungan intim
saya wanita berusia 21tahun . saya sudah berkhawin . pada malam pertama selepas bersama saya dapati keluar darah dari faraj, dan berterusan sehingga 3-4 hari … kemudian berlakunya keputihan berwarna hijau tekstur creamy… saya sudah tak bersama dgn suami sebulan sbb bila bersama saya rasa sakit bahagian dlm. saya habis period pada hari ke 9, tetapi pada hari ke 16 tiba2 keluar darah 3hari berturut2, sehingga sekarang 29/4/21. saya minta pendapat dokte bg masalah saya, sbb saya takpernah jadi begini

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas kesakitan.
Umumnya, pendarahan faraj atau spotting selepas hubungan seksual boleh disebabkan oleh:
- Koyakan hymen (khusus buat malam pertama)
- Pelincir tidak mencukupi.
- Trauma atau koyakan pada struktur faraj
- Luka pada faraj
- Jangkitan kuman pada faraj (lazimnya disertai dengan gejala keputihan)
- Masalah struktur faraj
Untuk menjawab pertanyaan anda, perdarahan yang berterusan selepas hubungan seks adalah sesuatu yang tidak normal dan membimbangkan.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Justeru untuk mengenal pasti punca masalah yang anda alami, pemeriksaan dan ujian lebih lanjut seperti pengimejan dan pengambilan sampel cecair dari faraj anda mungkin diperlukan. Oleh itu anda dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor untuk maklumat lebih lanjut. Anda boleh mengklik pautan ini untuk bercakap dengan kami. Terima kasih.
Tambahan lagi, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan kepada doktor kami secara langsung diatas talian.