
Sulit
4 tahun
Sakit bila melakukan hubungan
Saya adalah wanita dan baru berkahwin pada bulan september tahun ni. Bila kami melakukan hubungan badan saya terasa sakit pada virgina. Umur sy skrg 35 thn. Pada masa yg sama saya menghidapi masalah gatal pada permukaan luar sejak sblm saya berkahwin. Adakah ini salah satu puncanya. Tolongla saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit ketika melakukan hubungan seksual. Berkaitan dengan masalah puan, ia boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah :
- psikologi (ketakutan yang melampau kerana pertama kali melakukan persetubuhan)
- faraj yang kering
- kekejangan pada otot faraj
- polip pada serviks
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Tentang masalah gatal pada kemaluan, kami memerlukan maklumat lanjut daripada anda. Memandangkan adanya risiko jangkitan, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan susulan.
Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih