
Anonymous
5 tahun
Sakit dada atau sakit lain
Ayah saya berumur 49tahun. Dia seorang perokok tegar selama lebih kurang 35 tahun dan menjadi bekas perokok selepas mengalami sakit jantung baru-baru ini.
Sebelum bermula, ingin saya beritahu bahawa bacaan BP ayah saya adalah lingkungan 100-130/70-85. Manakala bacaan gula dalam darah pula lingkungan 6.2-8. Kadangkala bacaan gula lebih. Ayah saya mengambil ubat kencing manis, darah tinggi, kolestrol dan cair darah semenjak kena serangan jantung pada bulan april 2019 yang lepas.
Selepas dia membuat rawatan memasukkan ‘stant’ (tidak tahu betul atau tidak ejaannya) pada satu saluran yang tersumbat akibat kolestrol, doktor memberitahu bahawa dia mempunyai lagi satu saluran yang tersumbat tetapi tidak terlalu teruk. Maka dengan itu doktor tidak membuat rawatan pada saluran tersebut kerana hanya 30% sahaja tersumbat. Pendek cerita, ayah saya mempunyai dua saluran tersumbat. Hanya satu saluran sahaja yang memasukkan ‘stant’ dan satu saluran lagi dibiarkan begitu sahaja.
Alhamdulillah rawatan berjalan dengan lancar pada 9/5/19. Namun, selepas beberapa minggu membuat rawatan, ayah saya merasakan dadanya agak sakit seperti tertekan,tercucuk dan berdenyut. Tetapi tidak dapat dikenalpasti sama ada sakit tersebut di bahagian yang pernah memasukkan ‘stant’ atau tidak. Katanya lagi, sakit tersebut sering kali hadir lima hingga sepuluh minit sekali. Tambahan, dia juga tidak mempunyai simptom seperti mual,pitam atau berpeluh di tempat sejuk. Malah, dia pernah berasa sakit bahu kanan , kebas sedikit di tangan dan sakit sekitar kaki selepas membuat rawatan.
Ibu pernah membawa ayah ke reflexology. Kata orang di sana, ayah saya mempunyai banyak angin di belikat dan masalah di pankreas.
Persoalan saya adakah itu normal atau ada penyakit lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan gejala sakit dada yang ayah anda hadapi, adalah amat disarankan agar ayah anda dirujuk kembali kepada doktor yang merawatnya Terdapat kemungkinan sakittersebut berpunca daripada masalah jantung atau boleh juga disebabkan oleh masalah dari organ sekitarnya seperti paru-paru, perut dan otot dada.
Namun disebabkan ayah anda mempunyai risiko yang tinggi untuk sakit jantung, amatlah disarankan agar beliau segera dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan. Gejala yang ayah anda hadapi adalah bukan sesuatu yang normal sebaliknya sesuatu yang memerlukan perhatian lanjut.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian untuk keterangan lanjut. Terima kasih.