
Sulit
4 tahun
Sakit dada bahagia atas kiri dada
Hi, doktor. Ayah saya berusia 68 tahun, selalu sakit dada bahagian atas kiri dada, setiap kali sakit, selalu sendawa dan kedua dua belah kaki kiri dan kanan kebas dan rasa sesak. Bila dia tarik nafas, dada dia tak rasa sakit, cuma bila dia tertiarap dan baring rasa sakit. Dua minggu lepas, ayah ada makan ubat gout yg beli dari farmasi. Kulit belakang mula jadi kering dan kasar. Adakah itu kesan makan ubat gout? Ayah saya ada penyakit gastrik dan selalu pening kepala. Mohon pencerahan dari doktor. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang ayah anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Serangan jantung
- Paru-paru berair
- Jangkitan paru-paru
- Radang tulang rusuk atau selaput dada (costochondritis)
- Refluks asid atau GERD
- Kanser paru-paru
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila jumpa doktor dengan segera kerana perkara ini memerlukan perhatian. Namun begitu, sukar ingin kami katakan sama ada kulit kering tersebut berpunca daripada ubat yang dimakan kerana lebih banyak maklumat diperlukan dan pemeriksaan haruslah dibuat terlebih dahulu.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Secara amnya, kulit kering boleh disebabkan oleh beberapa faktor:
- Cuaca yang kering
- Ekzema
- Dermatitis
- Dehidrasi
- Ubat-ubatan
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.