
Sulit
3 tahun
Sakit Dada & Belakang
Saya lelaki berumur 24 tahun. Saya ada simptom sakit dada depan, sakit tengkuk belakang & sakit belakang betul2 di bahagian dada. Sudah berlarutan selama 10 hari. Kadang2 terasa sesak nafas, nafas pendek, berdebar2 & mual. Simptom lain seperti demam, batuk & selesema tiada. Mohon pencerahan doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, gejala yang diberikan oleh anda adalah terlalu umum dan terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah jantung
- Jangkitan paru-paru
- Paru-paru berair ( pleural effusion )
- Radang tulang rusuk ( costochondritis )
- Refluks asid atau GERD
Masih mengalami masalah sakit dada? Pakar paru-paru sedia membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Maklumat lanjut dan pemeriksaan perlulah dilakukan untuk mengetahui punca gejala yang dialami oleh anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.