
jihaabdllh
5 tahun
Sakit dada berpanjangan sehingga sesak nafas dan rasa berat. Kadang kadang hampir pitam dan berpeluh
Saya berumur 21 tahun dan start sakit dada tahun 2018. Sakit dada bahagian tengah rasa berat, sesak nafas even tengah baring. Keadaan lagi teruk bila saya naik tangga, saya rasa takboleh teruskan naik, dada start sakit, mata mula nampak hitam dan berpeluh. Kadang saya rasa tapak tangan dan kaki saya sejuk. Saya dah takboleh jogging dan berlari jugak. Bila tengah puasa, dada saya terlampau sakit dan takboleh buat kerja berat dan berdiri lama lama.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan segera untuk mengelakkan sebarang komplikasi serangan jantung. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.