Sulit
3 tahun
Sakit Dada berserta kebas di lenalgan
Saya wanita berumur 24 tahun dan belum berkahwin. Saya sejak akhir-2 ini sentiasa rasa sesak dada dan kebas di tangan kiri, saya berasa tidak puas untuk bernafas seperti ada benda yg menghempap dada dan terasa berat. Saya kerap merasa letih walaupun cukup tidur dan cukup rehat.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah jantung seperti dilated cardiomyopathy (jantung membesar), serangan jantung
- masalah saluran darah seperti pembesaran atau koyakan arteri badan
- masalah paru-paru sepeti pneumonia (jangkitan paru-paru), fibrosis (paru-paru berparut)
- masalah saluran pencernaan seperti gastrooesophageal reflux ( asid perut naik ke atas), peptic ulcer disease (perut luka)
Oleh kerana pelbagai sebab blh menjadi punca puan mengalami masalah tersebut kami perlu mengajukan beberapa soalan kepada puan untuk mengenalpasti dengan tepat penyebab masalah puan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.