
Sulit
4 tahun
Sakit dada bila tarik nafas
tarik nafas menggunakan mulut tapi tidak selesa di dada dan rasa mahu muntah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah jantung
- Jangkitan paru-paru
- Serangan asma
- Refluks asid atau GERD
- Keradangan tulang rusuk (costochondritis)
- Anemia (kekurangan darah merah di dalam badan)
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami apakah masalah yang dialami oleh anda berdasarkan gejala dan soalan sahaja kerana pemeriksaan penuh perlu dilakukan. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.