Sulit
3 tahun
Sakit dada dan batukkering
Hello Dr.
Saya lelaki berumur 25 tahun. Sekarang saya dh batuk selama 2 bulan. Saya dh pergi ke klinik dan dr bgth yg tekak sy gatal. Sy dh makan ubat smua tp batuk still x ok lagi. Saya dh lama sakit dada. Sakit dia mcm bila kita tekan rasa sakit. Dan kalau saya tido lepastu pusing arah kanan or kiri saya rasa sakit kt bahagian dada tengah. Dan kalau sy tarik nafas dalam2, dada sy kt tgh tu dia bunyi mcm org remaja suka bunyikan jari mereka tu…yg mereka suka lipat2 jari dan keluar bunyi krak…tp bunyi tu takla kuat dan sy x sakit pon…cuma tula…kalau sy batuk mmg makan masa yg lama utk elok. Batuk saya pula skrng ni kdg2 keluar kahak dan kdg2 batuk kosong mcm tu…kenapa ya Dr? Lupa nk bgth, keturunan family sy xde yg sakit jantung dan sy ada check jantung dkt KPMC hr tu dan ianya okay, cuma dr di situ bgth supaya sy check balik dgn dr pakar utk kepastian. Terima kasih dr
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
- Chronic bronchitis (jika anda perokok tegar)
- GERD
Batuk yang terlampau boleh menyebabkan sakit dada.Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.