
osman.syazana
5 tahun
Sakit dada dan senak secara tiba tiba
Saya berumur 26 tahun. Kadang-kadang saya mengalami kesukaran untuk bernafas kerana terasa senak di bahagian dada. Dibahagian tengah dan juga kiri dada. Saya tidak dapat bernafas dengan baik. Sakit tersebut datang secara tiba tiba tidak mengira masa, cuma tidak terlalu kerap. Ia berlaku dalam masa 1 minit kemudian hilang dan saya bernafas dengan normal kembali. Ia sudah berlaku sejak saya berumur belasan tahun lagi. Adakah itu perkara biasa atau ia masalah yang serius?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Antara sebab-sebab anda mengalami sakit dada ialah:
• Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
• Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
• Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
• Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma
• Gangguan emosi
• Sakit belakang
• Serangan jantung (penyakit koronari jantung)
• Penyakit jantung lain seperti masalah injap jantung
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih