
Anonymous
6 tahun
Sakit dada dan sesak napas bila tidur
Saye berumur 17 tahun dan setiap kali tidur dada saye sakit dada dan nadi saye laju… Saye sedari sakit ni sudah lame

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat pelbagai sakit dada dan sukar untuk bernafas. Ia boleh disebabkan oleh masalah jantung, paru-paru, dan juga otot dada.
Contoh-contoh masalah tersebut adalah:
- serangan jantung
- jangkitan kuman dalam paru-paru
- jangkitan pada otot dada
- sakit pada bahagian tulang dada
- sakit pada buah dada (selalunya bagi wanita)
Oleh sebab sakit dada merupakan tanda untuk pelbagai jenis penyakit serius, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin agar punca kepada masalah anda boleh dikesan dan dirawat seawal mungkin.
Oleh itu, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami.