
muhammadhaikal67
5 tahun
Sakit dada dan susah bernafas
Saya berumur awal 20-an dan sejak kebelakangan ini saya sering kena migrane dan demam dengan simptom tangan terlalu sejuk. Sejak beberapa hari kebelakangan ini saya terkena sakit dada seperti ditekan bahagian tengah. Saya rasa sakit untuk bernafas dan saya kena urut dibahagian dada baru saya rasa lega sedikit. Saya mangalami stress yang terlampau di tempt kerja, adakah ini punca nya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit dada boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Muscle strain
- Sakit paru-paru
- Gastroesophageal acid reflux (GERD)
- Sakit jantung
Oleh kerana terdapat banyak kemungkinan penyakit lain yang terkait dengan sakit dada. Justeru, merujuk kepada doktor adalah amat digalakkan sekiranya sakit sehingga menganggu pernafasan dan aktiviti harian.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.