Sulit
5 tahun
Sakit dada, demam dan batuk
Saya merasa sakit dada. Seperti berat di dada. Saya telah membuat ujian ECG, denyutan jantung saya melebihi 100. Kadang kadang, saya merasa berdebar dan hilang selera makan. Sekarang saya mengalami demam dan batuk. Adakah ini berkaitan dengan covid-19?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat Sejahtera
Terima kasih di atas soalan yang diajukan. Saya memahami kebimbangan anda berkait rapat dengan wabak COVID-19.
Berdasarkan simptom anda iaitu sukar bernafas dan kahak ditekak, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain daripada jangkitan COVID-19, simptom yang yang anda alami, boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- Radang tonsil
- Radang tekak
Anda boleh berjumpa doktor berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan sekiranya anda berisiko rendah untuk jangkitan COVID-19 setelah melakukan kuiz di atas.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih dan semoga cepat sembuh.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































