
fyfah1701
5 tahun
Sakit Dada di Sebelah Kiri Hingga ke Belakang
Tengahari tadi saya mula rasa sakit di bahagian kiri dada hingga ke belakang. Apabila menarik nafas, rasa sakit semakin terasa. Rasa berdenyut dan bertambah terasa apabila berbaring.Terima Kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit dada kiri boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- gastroesophageal reflux disease (GERD) yaitu suatu keadaan yang mana asid perut tertolak naik mengenai dinding dalam esofagus
- gastritis kronik
- masalah otot dan tulang seperti keradangan tulang rusuk ( costochondritis )
- serangan panik
- microvascular angina sakit dada akibat saluran darah ke jantung tidak mendapat oksigen
Memandangkan gejala ini telah berlaku secara tiba-tiba, adalah digalakkan untuk anda memerhatikan perubahan rasa sakit apakah bertambah atau berkurang sewaktu berehat atau beraktiviti. Andainya gejala memburuk, sebaiknya anda mendapatkan perawatan kecemasan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.