
Anonymous
5 tahun
Sakit Dada Dibahagia Tengah
Saya berumur 18 tahun. Sejak beberapa hari ini, saya sering sakit di bahagiaan tengah dada. Saya hanya menyapu minyak panas agar kurang. Tetapi ia hanya sekejap sahaja. Selepas satu jam, dada saya kembali sakit. Saya juga merasa ingin muntah selepas saya makan. Saya menjadi pening. Dan tidak larat untuk membuat sesuatu kerja dalam jangkaan masa yang lama.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan gejala sakit dada yang anda alami, antaranya:
- Asid Refluks (GERD)
- Masalah gastrik
- Anxiety
- Stress
- Kembung perut
- Masalah paru-paru
- Masalah jantung (jarang berlaku di usia muda)
Berdasarkan maklumat yang anda berikan, besar kemungkinan masalah anda berpunca daripada masalah perut atau anxiety. Namun, ntuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.