
Sulit
5 tahun
Sakit dada dibahagian kanan dan kiri
saya wanita yang berusia 40tahun.saya sering megalami sakit dada…jantung berdegup laju bila dalam suasana yang bising atau dengar kanak kanak menjerit atau pun dalam masalah yaini stress.lebih teruk lagi bila saya ditekan dengan pelbagai urusan atau masalah dalam 1 masa yang sama.
harap doktor dapat beri penjelasan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Sakit dada mempunyai banyak diagnosis, namun dengan faktor umur dan jantina anda, maka beberapa kemungkinan diagnosis perlu dipandang serius seperti:
- Penyakit jantung - sakit dada sebelah kiri adalah klasik bagi penyakit jantung walaupun anda tidak pernah menerima diagnosis darh tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi atau penyakit jantung sebelum ini
- Pneumothorax - iaitu paru-paru bocor
- Pulmonary Embolism - iaitu saluran darah paru-paru tersumbat. Faktor risiko seperti umur lebih 40 tahun dan wanita
- Anemia (kurang sel darah merah)
- Masalah paru-paru fibrosis - akibat penyakit seperti SLE atau punca yang tidak diketahui
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan segera bagi mengelakkan sebarang diagnosis yang tidak diingini. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami kerana maklumat tambahan adalah diperlukan bagi membuat diagnosis. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.